Cari @ Amanz

Servis penstriman TV Netflix mengumumkan pada suatu masa dahulu bahawa pengguna=pengguna komputer juga kini boleh menstrim siri-siri televisyen pada resolusi 4K, tetapi pengguna-pengguna haruslah menggunakan komputer dengan CPU Intel Kaby Lake dan juga sistem operasi Windows 10.

Terkini, Neflix telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut sedang bekerjasama dengan NVIDIA untuk membangunkan sokongan hardware acceleration supaya pengguna-pengguna kad grafik NVIDIA Pascal boleh menstrim kandungan 4K tanpa perlu membebankan CPU.

Akan tetapi, buat masa ini, sokongan kad grafik ini hanya hadir untuk pengguna-pengguna Windows Insider Program, dan NVIDIA telah menetapkan beberapa syarat yang perlu diikuti dahulu. Ini termasuklah :

  • Mesti menjadi pengguna Windows Insider Program
  • Menggunakan driver grafik NVIDIA 381.47 (Khusus untuk pengguna WIP)
  • Komputer menggunakan kad grafik NVIDIA Pascal dengan memori sekurang-kurangnya 3GB (NVIDIA GTX1050 ke atas)
  • Pelayar web Microsoft Edge
  • Monitor dengan sokongan HDCP 2.2
  • Sambungan Internet dengan kelajuan minima 25Mbps

Bagi mereka yang menggunakan setup dua monitor dan keatas, NVIDIA telah menyatakan bahawa buat masa ini, sokongan penstriman 4K ini hanya akan hadir jika semua monitor yang disambung kepada kad grafik menyokong teknologi HDCP 2.2. Jika satu pun paparan tersebut tidak menyokongnya, resolusi video yang distrim tersebut akan diturunkan kepada 1080p.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd