Cari @ Amanz

Sistem kamera terpantas pada peranti mudah alih boleh ditemui pada Sony Xperia XZ Premium. Kamera Motion Eye Sony mampu merakam video pada kadar 950 FPS kerana sensor yang mempunyai memori terbina. Tetapi teknologi ini masih dianggap perlahan apabila diletakkan bersebelahan dengan kamera yang baru dibangunkan oleh Lund University di Sweden.

Kamera yang dibangunkan ini mampu merakam pada kadar 5 Trillion FPS. Ia amat pantas sehingga mampu merakam pergerakan denyutan cahaya merentasi sebuah kertas. Dengan kejayaan ini, kamera berteknologi FRAME (Frequency Recognition Algorithm for Multiple Exposures) ini merampas takhta kamera terpantas dunia dari kamera yang dihasilkan oleh University of Tokyo yang merakam pada kadar 4.4 Trillion FPS.

Kamera adi-pantas ini digunakan di dalam kajian fizik dan kimia. Ia boleh merakam reaksi kimia seperti letupan yang berlaku pada kadar yang tidak boleh dirakam menggunakan kamera konvensional.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd