Cari @ Amanz

Dengan kehadiran kad grafik NVIDIA Pascal, pembuat-pembuat komputer dan laptop boleh membina PC dan laptop tidak lagi perlu risau tentang perbezaan mengenai kad grafik untuk komputer desktop ataupun laptop.

Nampaknya NVIDIA kini sedang di dalam perancangan untuk mengumumkan kad-kad grafik NVIDIA GTX 1080 dan GTX 1070 untuk laptop, berdasarkan kad grafik NVIDIA Pascal yang asal. Menurut laporan NotebookCheck, kad grafik ini menggunakan kad grafik NVIDIA Pascal yang asas, tetapi kelajuannya dikurangkan, supaya ia tidak menggunakan kuasa yang tinggi.

Acer Predator Triton 700 Gaming Laptop

Kad grafik GTX 1080 baru ini dikatakan digunakan pertama kalinya pada laptop Acer Predator Triton 700, dan ianya hadir dengan kelajuan 1290MHz, dan menggunakan kuasa sebanyak 110W. Buat masa ini, kelajuan BoostClock kad grafik ini dan juga kebolehan overclock masih lagi tidak diketahui oleh kerana penurunan kuasanya.

Dalam pada itu, kad grafik NVIDIA GTX 1070 juga dikatakan akan menerima penarafan yang sama untuk kegunaan laptop. Buat masa ini, sama ada ini bermakna kita akan mendapat gaming laptop yang lebih murah masih lagi tidak diketahui, kerana laptop Acer Predator Triton 700 yang dikatakan akan menggunakan kad grafik ini akan dijual pada harga $3000 (RM13055), dan pada pendapat kami, harga ini masih lagi agak tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd