Robot Monkey King Dari China Dihasilkan Bagi Menentang Kuratas Dan Mark II

Diterbitkan pada Mei 2, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pertarungan diantara robot Mark II keluaran Megabots dan Kuratas oleh Suidobashi Heavy Industries akan berlangsung pada bulan Ogos hadapan. Ia akan merupakan pertembungan pertama dua robot yang dikawal manusia dan menjadikan sukan fiksyen Real Steel menjadi realiti.

China tidak mahu ketinggalan dan robot Monkey King diperlihatkan di Beijing. Robot berkaki empat ini dihasilkan oleh Greatmetal dan mempunyai senjata berbentuk batang besi. Apabila diperlukan ia boleh berdiri di atas dua kaki. Pihak Greatmetal sedang berbincang dengan Megabots untuk menganjurkan pertembungan selepas Mark II bertarung dengan Kuratas.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami