Cari @ Amanz

Twitter, laman sosial perkongsian 140-aksara yang popular sebagai platform perkongsian berita masa-nyata, hari ini secara rasminya mengumumkan kerjasama bersama dengan sejumlah penerbit kandungan dalam menawarkan kandungan video premium melalui platform Twitter.

Buat masa ini, Twitter mengumumkan kerjasama dengan 16 penerbit kandungan, yang terdiri daripada kandungan video berbentuk sukan, berita, hiburan, dan sebagainya.

Twitter Video

Antara jenama yang terlibat, termasuk Bloomberg, The Verge, NVA, Buzzfeed, MLB dan sebagainya. Kerjasama ini termasuk kandungan eksklusif yang akan ditawarkan khusus melalui platform Twitter dan tidak boleh didapati pada platform lain.

Twitter sendiri dilihat memfokuskan kepada arena video sejak setahun yang lepas, dan telah mengintegrasikan fungsi penstriman video langsung padanya. Dengan kerjasama ini, kita mungkin melihat lebih ramai penerbit turut menerbitkan kandungan di Twitter.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada kandungan video ini akan ditawarkan pada peringkat global ataupun hanya terhad untuk beberapa negara sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd