Rekaan Kad Grafik NVIDIA GeForce GT 1030 Tertiris Ke Arena Web

Rekaan Kad Grafik NVIDIA GeForce GT 1030 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Mei 2, 2017 oleh .

Tidak lama dahulu, kami melaporkan bahawa ada kemungkinan NVIDIA akan bakal hadir dengan kad grafik baru yang diberikan nama NVIDIA GeForce GT 1030, untuk bersaing dengan kad grafik AMD Radeon RX 550.

Terkini, nampaknya rekaan kad grafik tersebut, dan pengesahan bahawa kad grafik tersebut wujud telahpun tertiris ke arena web, kerana imej pengolakan daripada salah sebuah rakan pembina kad grafik NVIDIA bernama KFA2.

Kad grafik ini diberikan nama KFA2 GeForce GT 1030, dan mempunyai rekaan single-slot, dan mempunyai profil rendah, yang memudahkan pengguna memasukkannya kedalam kerangka PC mini-ITX untuk komputer kegunaan ruang tamu untuk memproses video resolusi tinggi, termasuklah video 4K tanpa membebankan CPU.

Kad ini tidak menggunakan sebarang plug PCIe, dan hanya akan menggunakan 30W pada muatan penuh, membuatkannya sebuah kad yang sangat efisyen. Spesifikasi asas masih belum diketahui, tetapi ia disahkan menggunakan GPU NVIDIA Pascal GP108, dan pada segi I/O, model KFA2 ini hadir dengan sebuah port DVI dan juga HDMI 2.0b.

Buat masa ini, kad ini masih belum diberi sebarang tanda harga, tetapi kemungkinan besar akan hadir untuk harga $69-$79 (RM300-RM346). Ura-ura juga menyatakan bahawa kad ini juga akan hadir dalam konfigurasi memori GDDR5 sebanyak 2GB dan 4GB. Tarikh pelancaran siri kad NVIDIA GeForce GT 1030 ini juga masih belum diketahui, tetapi ada kemungkinan besar ia akan hadir pada pertengahan tahun ini.


TIPS & ULASAN