Cari @ Amanz

Jika anda menggunakan sebuah peranti pintar, ada kemungkinan besar peranti tersebut menggunakan cip pemprosesan ARM, dan dalam pada itu, ia akan menggunakan cip grafik Mali untuk menggerakkan paparan peranti tersebut.

ARM baru sahaja mengumumkan pemproses paparan terbaru mereka, Mali-Cetus, yang dikatakan binaan prmproses paparan terbaru dan paling berkuasa setakat ini. Cip Mali sebelum ini mampu menggerakkan paparan setinggi 1440p pada 60FPS, tetapi dengan teknologi baru ini, Mali-Cetus mampu menggerakkan skrin dengan resolusi sebesar 4Kx2K pada kala segar semula 120FPS.

Selain dari itu, pemproses paparan baru ini juga mempunyai kebolehan untuk menyokong lapan lapisan UI diatas satu sama lain, di mana pemproses paparan Mali yang terdahulu hanya mampu menyokong tujuh lapisan sahaja sebelum ini.

Pemproses paparan Mali-Cetus ini juga dioptimum untuk penggunaan multi-window, terutamanya untuk sistem operasi Android Nougat yang kini hadir dengan sokongan ciri tersebut, dan akan digunakan pada peranti-peranti pintar kelas premium yang akan datang. Buat masa ini, ARM masih belum memberi sebarang butiran tentang peranti-peranti ini, tetapi kami pasti ada pembuat peranti pintar yang akan hadir dengan pemproses ini tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd