Cari @ Amanz

Asus sebelum ini sedia memperkenalkan salah satu telefon pintar memfokuskan penstriman video langsung dan hadir dengan sokongan teknologi mencantikkan wajah masa-nyata ketika penstriman, dinamakan sebagai Asus Zenfone Live. Kini, peranti berkenaan turut dilihat akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Asus Zenfone Live

Asus Zenfone Live hadir dengan skrin 5-inci, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, cip Snapdragon, dan bateri berkapasiti 2650mAh.

Peranti ini hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel, dan kamera belakang 13-megapixel – serta menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.

Asus Zenfone Live

Di Malaysia, Lazada menawarkan ia pada harga RM649, dan untuk 100 pembeli pertama, akan turut menerima ZenStick serta fon kepala Bluetooth, Remax RB-T15 secara percuma. Ia dijangka dijual bermula 8 Mei 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd