Oppo R9s Black Edition Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM 1828

Oppo R9s Black Edition Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM 1828

Diterbitkan pada Mei 3, 2017 oleh .

Pernah suatu ketika dahulu warna hitam ialah warna standard yang ditawarkan pada peranti pintar. Tetapi sejak akhir-akhir ini warna putih dan ros merah jambu pula menggantikan tempatnya. Pada akhir 2016 warna hitam mula mendapat tempat di kalangan pengguna dengan Samsung dan OnePlus menghasilkan edisi khas peranti dengan warna hitam. Hari ini tiba giliran Oppo R9s Black Edition pula dilancarkan di Malaysia.

Oppo R9s hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci AMOLED dengan paparan 1080p, cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Ia turut menggunakan kamera hadapan 16-megapixel f/2.0 dan belakang 16-megapixel f/1.7 dengan sensor Sony IMX398. Sebuah pengimbas cap jari disertakan pada bahagian hadapan dan pengecasan pantas VOOC disokong bagi mengecas bateri sebesar 3010 mAh.

Di Malaysia, Oppo R9s dijual pada harga RM1828. Pra-tempahan boleh dilakukan bermula hari ini sehingga 9 Mei melalui laman rasmi OppoStore. Sebuah Now 2 Smart Band bernilai RM   199 ditawarkan sebagai hadiah percuma bagi mereka yang melakukan pra-tempahan. Peranti ini akan dijual secara meluas bermula 10 Mei.

Oppo R9s

Laman pra-tempah Oppo R9s Black Edition

Baca : Ulasan Oppo R9s


TIPS & ULASAN