Kerangka Tahan Lasak Call of Duty Untuk iPhone Dihasilkan Oleh Otterbox

Kerangka Tahan Lasak Call of Duty Untuk iPhone Dihasilkan Oleh Otterbox

Diterbitkan pada Mei 3, 2017 oleh .

Permainan Call of Duty sinonim dengan misi ketenteraan tentera pasukan khas. Siri ini akan kembali kepada asal dengan Call of Duty : WWII yang bakal hadir penghujung tahun ini. Bagi yang tidak mampu menanti kemunculan COD terkini, mungkin mereka boleh membeli kerangka tahan lasak Call of Duty untuk iPhone yang dihasilkan Otterbox.

Terdapat dua rekaan kerangka iaitu Diamond dan Blue Camo. Kedua-duanya direka untuk menyerap hentakan dan menjadikan peranti kalis debu. Kerangka ini dihasilkan untuk iPhone 7, iPhone 6S dan iPhone 6. Kerangka-kerangka ini dijual pada harga $60 (~RM 258) sebuah.


TIPS & ULASAN