Pengguna Windows 10 S Tidak Boleh Mengubah Enjin Carian Dan Pelayar Web Utama

Pengguna Windows 10 S Tidak Boleh Mengubah Enjin Carian Dan Pelayar Web Utama

Diterbitkan pada Mei 3, 2017 oleh .

Microsoft telah mengumumkan Windows 10 S lewat malam semalam, dan beberapa maklumat lanjutan daripadanya diketahui buat masa ini. Windows 10 S merupakan sistem operasi yang memfokuskan kepada pengguna di sekolah dan institusi pengajian.

Kini, lanjutan daripadanya, Microsoft telah menyediakan jawapan untuk beberapa persoalan, termasuk mengenai perisian utama pada sistem operasi berkenaan.

Menurut Microsoft, pengguna tidak boleh mengubah pelayar web utama Microsoft Edge kepada pelayar web lain. Walaubagaimanapun, pengguna masih boleh memuat-turun pelayar web lain daripada Windows Store, tetapi untuk pelayar web utama, pengguna masih akan dibawa kepada Microsoft Edge.

Disamping itu, enjin carian utama yang akan digunakan adalah Bing. Tetapi, seperti biasa, pengguna boleh melayari laman web lain untuk tujuan carian.

Bagi anda yang inginkan kawalan tambahan, pengguna boleh menaik-taraf kepada Windows 10 Pro pada harga tambahan.


TIPS & ULASAN