Lebih Ramai Kini Menggunakan WhatsApp Status Berbanding Snapchat

Lebih Ramai Kini Menggunakan WhatsApp Status Berbanding Snapchat

Diterbitkan pada Mei 4, 2017 oleh .

Facebook sebelum ini telah mengintegrasikan fungsi seumpama Snapchat Stories pada pelbagai aplikasi mereka, termasuk pada WhatsApp awal tahun ini. Kini, melalui perkongsian penyata kewangan terkini, Facebook turut berkongsi angka pengguna untuk fungsi yang dinamakan WhatsApp Status berkenaan, dimana ia telah mencapai lebih 175 juta pengguna aktif setiap hari.

WhatsApp Status

Angka ini dilihat sedikit lebih tinggi berbanding dengan Snapchat sendiri, yang mana menjadi terawal untuk mempopularkan fungsi berkenaan.

WhatsApp sedia digunakan ramai pengguna seluruh dunia, dan dengan integrasi fungsi baru pada tab berasingan ini, ia lebih menarik pengguna menggunakannya daripada perlu memasang sebuah aplikasi baru seperti Snapchat secara berasingan.

Selain WhatsApp Status, Facebook turut pernah berkongsi sebelum ini, dimana angka pengguna Instagram Stories adalah lebih tinggi daripada Snapchat Stories itu sendiri.


TIPS & ULASAN