Qualcomm Ingin Mengharamkan iPhone Diimport Masuk Ke Amerika Syarikat

Qualcomm Ingin Mengharamkan iPhone Diimport Masuk Ke Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Mei 4, 2017.

Pertelagahan di antara Qualcomm dan Apple nampaknya akan menjadi semakin serius. Kini kedengaran berita mengatakan Qualcomm sedang dalam perbincangan dengan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC) untuk menghalang iPhone dari diimport masuk ke Amerika Syarikat.
Apple memfailkan saman bernilai $1 Billion ke atas Qualcomm pada Januari lalu kerana dikatakan meminta bayaran royalti yang tidak munasabah. Paten Qualcomm digunakan oleh Apple pada iPhone yang dihasilkan. Qualcomm turut menyaman Apple kembali kerana bayaran royalti yang tertunggak. Ini dibalas pula dengan Apple enggan membayar sesen kepada Qualcomm sehingga kes mahkamah selesai.

Sekiranya Qualcomm berjaya mengharamkan pengimportan iPhone ke Amerika Syarikat, ia bakal memberikan impak yang besar kepada Apple kerana ia menyumbang kepada 40% jualan iPhone tahun lalu.


TIPS & ULASAN