Unihertz Jelly – Telefon Pintar 4G Terkecil Di Dunia

Unihertz Jelly – Telefon Pintar 4G Terkecil Di Dunia

Diterbitkan pada Mei 4, 2017 oleh .

Sejak kebelakangan ini saiz skrin telefon pintar semakin besar. Saiz 4.5″ yang dahulunya dianggap standard kini dianggap kecil dan 5.5″ dianggap saiz yang paling ideal. Sungguhpun begitu bagi mereka yang mementingkan saiz peranti yang kompak, Unihertz Jelly mungkin peranti yang dinanti-nantikan.

Jelly ialah peranti Android Nougat dengan skrin sebesar hanya 2.45″. Ia diperkasakan pemproses empat teras, RAM 1 GB dan storan 8 GB. Kemampuan kamera ialah kamera utama 8-Megapixel dan kamera hadapan 2-Megapixel. Akhir sekali bateri sebesar 950 mAh dikatakan mampu bertahan selama tiga hari. Jelly turut mempunyai versi Pro dengan RAM 2 GB dan storan 16 GB.

Kedua-dua model Jelly boleh dimasukkan ke dalam kocek dengan cukup selesa. Walaupun kecil ia masih menyokong rangkaian 4G dan kebanyakan aplikasi Android di pasaran. Unihertz Jelly sedang mengumpul dana menerusi KIckstarter dan boleh ditempah pada harga bermula $79 (~RM 342).


TIPS & ULASAN