Facebook Kini Mempunyai 1.94 Billion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Facebook Kini Mempunyai 1.94 Billion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Diterbitkan pada Mei 4, 2017 oleh .

Selepas tiga belas tahun kini Facebook semakin hampir mempunyai 2 Billion pengguna aktif setiap bulan. Di dalam laporan kewangan suku pertama yang dikeluarkan hari ini, Facebook mengumumkan mereka kini mempunyai 1.936 Billion pengguna aktif setiap bulan. Sebanyak 1.28 Billion pengguna pula mengakses laman media sosial ini setiap hari.

Ini bersamaan dengan peningkatan 17% pengguna aktif bulanan berbanding suku yang sama tahun lalu. Terdapat sekitar 7.5 Billion manusia yang hidup di muka bumi pada waktu ini. Setiap satu daripada empat insan di muka bumi kini mempunyai akaun di Facebook.


TIPS & ULASAN