GrabCar Kini Diperkenalkan Di Sg. Petani, Batu Pahat, Sandakan Dan Sibu

GrabCar Kini Diperkenalkan Di Sg. Petani, Batu Pahat, Sandakan Dan Sibu

Diterbitkan pada Mei 4, 2017 oleh .

Sejak pengumuman Belanjawan 2017 pada tahun lepas, penyedia aplikasi tempahan pengangkutan seperti Uber dan Grab berlumba memperkenalkan perkhidmatan mereka di pelbagai bandar sekitar Malaysia. Terkini, hari ini Grab mengumumkan penambahan penawaran di empat lagi bandar utama di Malaysia.

Empat bandar baru yang ditambah pada minggu ini adalah Sg. Petani, Batu Pahat, Sandakan dan juga Sibu.

Pengguna boleh membuat tempahan GrabCar di sana, dan menggunakannya untuk ke sesuatu destinasi dengan mudah.

Dengan pengenalan ini, kini perkhidmatan Grab ditawarkan di lebih 17 bandar seluruh Malaysia. Mungkin kita akan melihat gerak balas daripada Uber dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN