Rekaan Oppo R11 Tertiris – Dilengkapi Dwi-Kamera Dan Kamera Hadapan 20 Megapixel

Rekaan Oppo R11 Tertiris – Dilengkapi Dwi-Kamera Dan Kamera Hadapan 20 Megapixel

Diterbitkan pada Mei 5, 2017 oleh .

Ura-ura kewujudan Oppo R11 telah lama didengari tetapi rekaannya kekal misteri sehinggalah hari ini. Iklan untuk Oppo R11 akhirnya tertiris dan mengesahkan beberapa ura-ura yang didengari. Dari segi rekaan ia mempunyai persamaan dengan Oppo R9s.

Pada bahagian belakang ia dilengkapi sistem dw-kamera. Tidak diketahui sama ada sistem Dual Camera Zoom nirhilang yang diperlihatkan di MWC tempohari akan digunakan. Pada bahagian hadapan pula ia dilengkapi kamera sebesar 20-Megapixel. Ia turut dilengkapi skrin 5.5″, pemproses Snapdragon 653 (atau Snapdragon 660 yang akan dilancarkan minggu hadapan), RAM sebesar 4 GB dan storan 64 GB. Apakah pandangan anda tentang rekaan peranti ini?


TIPS & ULASAN