Mac yang lalu Oppo F3 Plus dilancarkan dengan sistem selfie dwi-kamera. Hari ini Oppo F3 dilancarkan dengan sistem yang sama tetapi dengan beberapa perbezaan spesifikasi. Pertama sekali skrin lebih kecil 5.5″ 1080P dipadankan dengan pemproses MediaTek MT6750T, RAM sebesar 4 GB dan storan 64 GB.
Kamera utama sebesar 13-Megapixel digunakan bersama dwi-kamera 16+8 Megapixel pada bahagian hadapan. Sebuah bateri sebesar 3200 disertakan dengan sokongan pengecasan pantas VOOC.
Sebagai perbandingan Oppo F3 Plus dilengkapi skrin 6″ 1080P, pemproses Snapdragon 653, kamera utama 16-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh. Oppo F3 Plus akan memasuki pasaran Vietnam, Indonesia, Filipina dan Myanmar pada 13 Mei hadapan. Harga jualan ialah sekitar RM 1349.