U Mobile Mengumumkan Empat Konsert Melalui Unlimited Ideas Groove Calendar

U Mobile Mengumumkan Empat Konsert Melalui Unlimited Ideas Groove Calendar

Diterbitkan pada Mei 5, 2017 oleh .

U Mobile hari ini memperkenalkan kalendar konsert Unlimited Ideas Groove Calendar, dimana syarikat telekomunikasi tersebut akan menganjurkan dan menaja beberapa buah konsert sepanjang tahun 2017 di Malaysia.

Pesta muzik dan konsert tersebut termasuklah Upfront, Urbanscapes, Good Vibes Festival dan juga Ed Sheeran Malaysia Tour. Bagi para pelanggan U Mobile yang gemar menghadiri acara-acara seperti ini, syarikat tersebut bakal sedia hadir dengan promosi-promosi yang menarik untuk mereka.

Ini termasuklah harga pengenalan untuk tiket masuk ke pesta muzik Urbanscapes dan Upfront, pembelian barang-barang eksklusif U Mobile x Urbanscapes dan juga U Munchies, iaitu promosi makanan dan minuman khusus untuk pelanggan U Mobile di pesta tersebut. Promosi-promosi ini boleh diakses melalui aplikasi MyUMobile.

Selain dari itu, U Mobile juga bekerjasama dengan Grab untuk memberi pelanggan-pelanggan mereka diskaun RM15 untuk pergi dan pulang daripada pesta-pesta tersebut. Promo ini juga boleh dilihat melalui aplikasi MyUMobile.

Untuk pesta Good Vibes Festival pula, pelanggan U Mobile boleh mengharapkan harga pengenalan tiket masuk, pemberian tiket eksklusif, pas belakang pentas dan sebagainya.

Butiran lanjut mengenai promosi pelanggan U Mobile untuk pesta Good Vibes Festival dan Ed Sheeran Malaysia Tour akan diumumkan oleh pihak U Mobile di laman web Unlimited Ideas Groove Calendar yang akan dilancarkan oleh mereka pada bulan Jun 2017 nanti.


TIPS & ULASAN