Jualan iPad Terus Menjunam Tetapi Apple Kekal Di Tangga Pertama Pengeluar Tablet

Jualan iPad Terus Menjunam Tetapi Apple Kekal Di Tangga Pertama Pengeluar Tablet

Diterbitkan pada Mei 5, 2017 oleh .

Bukan lagi rahsia bahawa jualan tablet semakin menurut sejak tiga tahun kebelakangan ini. Saingan dari telefon pintar dengan skrin lebih besar serta keengganan pengguna membeli model baru setiap tahun menyumbang kepada trend penurunan ini.

Angka terbaru jualan tablet untuk suku pertama 2017 dikeluarkan oleh IDC. Seperti yang dijangka penyusutan sekali lagi dicatatkan berbanding suku yang sama tahun lalu. Secara keseluruhan pasaran mengecut sebanyak 8.6%. Apple masih lagi kekal di tangga pertama dengan pegangan 24.6% diikuti oleh Samsung (16.5%), Huawei (7.4%( dan Amazon (6.0%).

Sungguhpun masih di tangga pertama, Apple mencatatkan penurunan jualan paling drastik iaitu 8.9 Juta unit sahaja iPad terjual berbanding 10.3 Juta unit tahun lalu. Pengeluar lain tidak mencatatkan penurunan mencecah 1 Juta unit. Adakah anda masih menggunakan tablet di rumah? Sekiranya tidak mengapa?


TIPS & ULASAN