Telefon Pintar OnePlus Seterusnya Adalah OnePlus 5

Telefon Pintar OnePlus Seterusnya Adalah OnePlus 5

Diterbitkan pada Mei 6, 2017 oleh .

OnePlus kini dilihat telah mengesahkan kepada pihak TheVerge yang mana mereka bakal melancarkan telefon pintar seterusnya tidak lama lagi, dan ia baal dikenali dengan nama OnePlus 5.

Pihak OnePlus dilihat melangkau penggunaan angka 4 kepada nama peranti akan datang mereka kerana angka “4” dilihat kurang bertuah di China.

Sebelum ini, pihak OnePlus sendiri telah memperkenalkan OnePlus 3T sebagai telefon pintar keluaran terakhir mereka, dan menjadi model ke-4 selepas OnePlus 3.

Buat masa ini, apakah ciri yang akan dibawa oleh OnePlus 5 masih menjadi tanda tanya. Apa pun, dengan populariti memori tinggi, dan penggunaan dwi-kamera, tidak mustahil kita melihat integrasi berkenaan di telefon pintar OnePlus akan datang.


TIPS & ULASAN