Cari @ Amanz

Microsoft nampaknya sedikit sibuk pada bulan Mei 2017 ini. Selepas memperkenalkan Windows 10 S pada minggu ini, gergasi perkomputeran berkenaan akan mengadakan acara BUILD pada 10 Mei ini, dan tidak ketinggalan adalah sebuah acara baru di Shanghai pada 23 Mei kelak.

Microsoft mengatakan mereka akan memperlihatkan kepada dunia, apakah seterusnya daripada mereka pada 23 Mei ini di Shanghai. Walaupun tidak dinyatakan oleh Microsoft pada halaman rasmi web acara berkenaan, tetapi mereka dilihat akan membuat pengumuman berkaitan dengan Surface ketika itu.

Jikalau melihat akhir-akhir ini, kita sedia melihat beberapa informasi berkaitan Surface Pro 5 tertiris ke arena web. Mungkinkah kita akan melihat ia diumumkan pada penghujung bulan ini pada acara berkenaan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd