Xiaomi Tidak Menyertakan Bicu Audio Pada Mi 6 Bagi Mempertingkat Kapasiti Bateri

Xiaomi Tidak Menyertakan Bicu Audio Pada Mi 6 Bagi Mempertingkat Kapasiti Bateri

Diterbitkan pada Mei 6, 2017 oleh .

Bicu audio ialah yang secara peribadi kami rasakan masih lagi perlu. Tetapi sejak Oppo melakukannya pada R5, pengeluar lain seperti Apple , HTC dan LeEco  turut bertindak tidak menyertakan bicu audio 3.5mm. Terkini Xiaomi menyertai barisan pengeluar yang menghentikan sokongan I/O ini dengan tidak menyertakannya pada Mi 6.

Xiaomi Mi 6

Apabila pihak Xiaomi disoal mengenai  keputusan mereka ini, jawapan yang diberikan ialah kerana mereka ingin menggunakan bateri lebih besar. Mi 6 dilengkapi bateri sebesar 3350 mah berbanding 3000 mAh pada Xiaomi Mi 5 sebelum ini. Pada waktu yang sama kualiti audio menerusi USB-C adalah lebih tinggi. Berita baik bagi mereka yang ingin memiliki Xiaomi Mi 6 ialah, sebuah penyesuai USB-C ke bicu audio disertakan dengan setiap pembelian.

Baca – Ulasan Xiaomi Mi 6 : Peranti Berkuasa & Menawan Pada Harga Berpatutan


TIPS & ULASAN