Motorola Mungkin Hadir Dengan Tablet Android Baru Menyertakan “Mod Produktiviti”

Motorola Mungkin Hadir Dengan Tablet Android Baru Menyertakan “Mod Produktiviti”

Diterbitkan pada Mei 7, 2017 oleh .

Sudah sekian lama Motorola tidak mengeluarkan tablet Android, dan dilihat lebih memfokuskan kepada arena pengeluaran telefon pintar sahaja. Kini, dibawah Lenovo, Motorola dikatakan mungkin akan hadir dengan sebuah tablet baru tidak lama lagi.

Menurut laporan baru yang hadir daripada Android Police, ia dikatakan Motorola sedang membangunkan sebuah tablet Android baru bersaiz sekitar 10-inci. Info mengenai spesifikasi penuh peranti ini masih tidak diketahui, tetapi ia dikatakan akan menawarkan rekaan yang premium, selain sebuah mod khusus yang memfokuskan produktiviti.

Motorola Tablet

Seperti ramai sedia maklum, arena tablet tidak memperlihatkan permintaan yang tinggi. Mungkin kerana itu, Motorola ingin menawarkan mod produktiviti, sekaligus membolehkan papan kekunci dihubungkan dan ia digunakan sebagai peranti dua-dalam-satu.

Dengan Lenovo sendiri menghasilkan sejumlah tablet berasaskan Android, ia semestinya tidak mengejutkan apabila pengeluar China berkenaan turut ingin mengambil kelebihan nama Motorola dan memasarkan tablet tersendiri berasaskan Android.


TIPS & ULASAN