AppAnnie : Pengguna Telefon Pintar Menggunakan Sekitar 9 Aplikasi Secara Purata Setiap Hari

AppAnnie : Pengguna Telefon Pintar Menggunakan Sekitar 9 Aplikasi Secara Purata Setiap Hari

Diterbitkan pada Mei 7, 2017 oleh .

AppAnnie merupakan salah satu agensi yang membuat pelbagai analisa berkaitan dengan trend penggunaan aplikasi. Terkini, mereka telah membuat kajian di beberapa buah negara berkenaan tabiat pengguna telefon pintar dan berkongsi mengenainya.

AppAnnie - Purata Masa Penggunaan

Antara negara yang terlibat dalam kajian ini adalah termasuk Brazil, India, China, Amerika Syarikat, Jepun, UK, Jerman, Mexico, Korea Selatan dan Perancis. Walaupun tiada untuk pasaran Malaysia, namun berkemungkinan data adalah tidak jauh berbeza dengan beberapa negara lain.

Menurut kajian yang dilakukan, secara purata, pengguna telefon pintar menggunakan sekitar 9 aplikasi setiap hari. Daripada perbandingan yang dilakukan, pengguna iPhone dilihat menggunakan lebih banyak aplikasi berbanding pengguna peranti Android.

Dari segi bulanan pula, ia dilihat sekitar 30 aplikasi digunakan secara purata setiap bulan. Ia dikatakan hampir satu pertiga daripada aplikasi yang terpasang di telefon pintar masing-masing digunakan oleh pengguna.

Dari segi kategori aplikasi pula, aplikasi yang hadir terpasang seperti Safari di iOS dan Google di Android adalah antara yang popular. Selepasnya, kategori aplikasi dibawah rangkaian sosial dan komunikasi menjadi antara yang paling diakses ramai oleh pengguna.

Dari segi permainan, pengguna peranti Android dilihat menggunakan aplikasi berbentuk permainan, 30% lebih tinggi berbanding pengguna iPhone.

Baca : Laporan Penuh AppAnnie (PDF)


TIPS & ULASAN