Facebook Menguji Kebolehan Penggunaan Video Menggantikan “Cover Photo”

Facebook Menguji Kebolehan Penggunaan Video Menggantikan “Cover Photo”

Diterbitkan pada Mei 8, 2017 oleh .

Pada profil Facebook dan juga Facebook Pages, laman sosial berkenaan sedia menawarkan kebolehan menggunakan gambar utama bersaiz besar yang dipanggil sebagai “Cover Photo”. Kini, dengan perkembangan arena video, gergasi sosial berkenaan turut sedang menguji kebolehan menggantikan video pada “Cover Photo”.

Facebook Cover Photo

Melalui apa yang telah mula dilihat beberapa pengguna tempatan, mereka boleh menggantikan “Cover Photo” dengan video sepanjang sekitar 90 saat lamanya. Pengguna dinasihatkan menggunakn video dengan saiz sekurang-kuranganya 820×312 pixel untuk hasil yang baik.

Tidak mustahil juga kita melihat Facebook memperkenalkan ciri baru ini kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Bagi anda yang menggunakan Facebook, sudahkah anda melihat ciri baru ini?


TIPS & ULASAN