Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi di pasaran hari ini yang memudahkan pengguna menyemak waktu solat, doa harian dan sebagainya. Kini, pihak Bank Rakyat turut tidak ketinggalan dan telah melancarkan sebuah aplikasi terbaru mereka yang dinamakan sebagai Barakah.

Barakah

Melalui aplikasi ini, ia membolehkan pengguna menyemak waktu solat harian, arah kiblat, dan juga doa harian. Pembangunnya dijangka akan menambah ciri-ciri lain seperti panduan untuk umrah dan haji melalui versi akan datang.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Barakah ini dari Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd