Webe Melantik CEO Baru – Tidak Sampai Setahun Sejak CEO Sebelum Ini

Webe Melantik CEO Baru – Tidak Sampai Setahun Sejak CEO Sebelum Ini

Diterbitkan pada Mei 8, 2017 oleh .

Kurang setahun sejak CEO baru dilantik untuk Webe, kini nampaknya mereka membuat perubahan pada pengurusan, dan telah melantik CEO baru untuk syarikat telekomunikasi berkenaan.

Mengumumkannya secara rasmi hari ini, Moharmustaqeem Mohammed akan mengambil-alih jawatan CEO daripada Azizi, sementara Azizi pula akan menjadi Naib Presiden Eksekutif, Akaun Terurus untuk Telekom Malaysia. Perubahan ini dijangka akan berkuat-kuasa bermula 15 Mei 2017 ini.

Moharmustaqeem Mohammed sebelum ini telah berkhidmat di Digi sejak September 2003 yang lepas, selain turut telah mengetuai Operasi Pemasaran Pasaran Massa di Telekom Malaysia sejak Januari 2013 lepas.


TIPS & ULASAN