Cari @ Amanz

Grab baru sahaja mengumumkan kempen kerjasama bersama-sama dengan Touch ‘n Go untuk melancarkan kad Grab x Touch ‘n Go, yang akan memberikan para pengguna Touch ‘n Go diskaun sebanyak RM5 dua kali sebulan dari stesen-stesen LRT dan juga MRT.

Kempen pemberian kad kerjasama Grab x Touch ‘n Go ini sudahpun bermula dari 2 haribulan Mei yang lalu, dan akan berterusan sehingga hujung bulan ini, 31 haribulan Mei. Kad-kad ini boleh didapati dari stesen-stesen LRT dan MRT yang berikut:

Sepanjang waktu ini, pihak Grab dan Touch ‘n Go akan memberi kad ini kepada orang ramai secara percuma, dan mereka yang menerima kad ini juga akan mendapat kod kupon yang melayakkan mereka mendapat diskaun untuk servis Grab daripada stesen LRT dan MRT sebanyak RM5 untuk dua kali sebulan. Tempoh diskaun ini bermula daripada bulan Mei 2017 hinggalah hujung bulan Oktober 2017.

Mereka yang berminat boleh ke stesen-stesen LRT dan MRT yang mengambil bahagian dalam promosi ini, dan pengguna-pengguna hanya perlu mendaftar butiran mereka seperti nama, nombor IC, nombor telefon dan alamat emel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd