Cari @ Amanz

Celcom hari ini mengumumkan perubahan pada penawaran WiFi percuma mereka yang dinamakan sebagai Celcom WiFiPlus. Menurut Celcom, penawaran percuma ini akan ditamatkan selepas 16 Mei 2017 ini.

Celcom WiFiPlus

Perubahan ini sekaligus memberikan kesan terhadap pelanggan First Gold, First Blue, First Elite, First Basic 85 dan juga First Basic 38. Melaluinya sebelum ini, Celcom menawarkan WiFi percuma kepada pelanggan terpilih bagi membolehkan mereka mengakses internet pantas di restoran, kafe dan sebagainya untuk digunakan pada telefon pintar, komputer dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada perubahan ini akan memberikan impak terhadap pakej berbayar Celcom WiFiPlus atau sebaliknya. Kami telah menghubungi pihak Celcom untuk maklumat lanjut mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd