Cari @ Amanz

Perkembangan teknologi turut membawa kepada penambah-baikkan kualiti panggilan suara antara pengguna. Memfokuskan ke arena berkenaan, pelbagai syarikat telekomunikasi telah mula mengimplementasi sokongan VoLTE secara berperingkat pada talian telekomunikasi mereka.

Terkini, U Mobile dilihat telah mengaktifkan sokongan panggilan VoLTE pada rangkaian mereka – sekaligus membolehkan pengguna menikmati kualiti panggilan tinggi melaluinya.

U Mobile VoLTE

Selain daripada itu, pengguna juga turut boleh menikmati akses internet dan membuat panggilan suara tanpa mengalami sebarang gangguan – berbanding kebiasaannya dimana ketika panggilan suara, rangkaian internet akan terganggu.

Buat masa ini, sokongan VoLTE ini telah aktif untuk pengguna iPhone, dan dijangka hadir ke Android tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd