Cari @ Amanz

Bagi anda yang meminati muzik dan lagu, semestinya mengenai salah satu aplikasi berbentuk sosial yang memfokuskan kepada muzik, dinamakan Smule. Terkini, hari ini mereka menerima suntikan dana daripada syarikat gergasi China, iaitu Tencent.

SmulePelaburan yang diketuai oleh Tencent dan disertai oleh beberapa pelabur lain ini berjumlah $54 juta dan akan digunakan untuk memasarkan Smule di peringkat global – terutamanya di Asia. Pelaburan ini meletakkan Smule pada nilai keseluruhan mencapai $604juta (~RM2.618 bilion).

Tencent, seperti ramai sedia maklum, popular dengan WeChat. Selain daripada WeChat, Tencent juga mempunyai sejumlah syarikat lain dibawah pelaburan dan yang diambil-alih oleh mereka seperti Supercell dan lain-lain.

Memandangkan Smule ini sendiri sangat popular di rantau Asia dan Amerika Syarikat, tidak mustahil untuk melihat Tencent berminat dengannya dan membuat suntikan dana pada syarikat berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda pernah mencuba perkhidmatan Smule?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd