Anda Berpeluang Untuk Ke Pulau Maldives Apabila Membeli vivo V5s

Anda Berpeluang Untuk Ke Pulau Maldives Apabila Membeli vivo V5s

Diterbitkan pada Mei 10, 2017 oleh .

Baru sahaja peranti terkini dari vivo iaitu vivo V5s diumumkan minggu lepas, kini mereka mengadakan pelbagai promosi untuk bakal pembeli. Selain mengambil langkah agresif seperti melantik Dato Siti Nurhaliza sebagai duta, minggu ini mereka juga bakal mengumumkan promosi terbaru berkaitan vivo V5s.

vivo V5s merupakan peranti kesinambungan keluarga V5 yang membawakan fungsi selfie dengan pencahayaan lembut, menggunakan kamera hadapan 20MP. Kamera utamanya menggunakan sensor 13MP. Ia turut membawakan storan yang lebih besar iaitu 64GB dan boleh ditambah sehingga 256GB menerusi slot kad Mikro-SD. Ia dijual pada harga rasmi RM 1,299.

Baca: Pandang Pertama vivo V5s

Bermula dari 10 Mei sehingga 31 Mei 2017, setiap pembeli peranti vivo V5s berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Antaranya termasuklah telefon vivo V5s, cenderamata edisi terhad, TV LED 52-inci dan juga percutian ke Pulau Maldives untuk dua orang selama 4 hari 3 malam termasuk tiket penerbangan. Untuk menyertainya anda hanya perlu membeli vivo V5s di kedai rasmi dan juga rangkaian penjual sah mereka.

Terma & Syarat: Cabutan bertuah vivo V5s ke Maldives

Selain dari itu sekiranya anda ingin mencuba sendiri peranti vivo V5s, mereka bakal mengadakan acara Super Day di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang pada 13 Mei ini. Menerusi acara ini, anda boleh mencuba peranti disamping menyertai aktiviti yang dianjurkan vivo Malaysia.

Penafian: Advertorial dari vivo Malaysia


TIPS & ULASAN