Antaramuka Awal Untuk Sistem Operasi Misteri Daripada Google, Fuchsia Diperlihatkan

Antaramuka Awal Untuk Sistem Operasi Misteri Daripada Google, Fuchsia Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 9, 2017 oleh .

Tidak lama sebelum ini, kita sedia ketahui akan yang mana Google sedang membangunkan sebuah sistem operasi “misteri” baru yang dikenali dengan nama “Fuchsia”. Info penuh mengenai sistem operasi berkenaan masih kekal misteri, tetapi ia dilihat menyasarkan kepada peranti mudah-alih dan juga peranti berhubung.

Kini, selepas beberapa bulan sejak diketahui kewujudan sistem operasi berkenaan, pembangunannya dilihat telah bergerak setapak kehadapan. Antaramuka awal untuk sistem operasi berkenaan kini diperlihatkan oleh ArsTechnica – yang mana dilihat sangat kemas dan menggunakan konsep rekaan Cards daripada Google.

Fuchsia

Fuchsia

Antaramuka ini dikenali dengan nama Armadillo, dan dikatakan akan menjadi antaramuka utama untuk Fuchsia. Secara kasar, ia juga dilihat memfokuskan kepada rekaan yang dioptimasikan untuk skrin telefon pintar dan juga tablet.

Ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan berkongsi secara rasmi mengenai sistem operasi baru ini, dan apakah tujuannya. Tetapi, apa yang pasti adalah pembangunannya mendapat perhatian yang tinggi – termasuk dari segi rekaan antaramukanya.

Bagi anda, adakah anda meminati rekaan antaramuka Fuchsia ini?


TIPS & ULASAN