Google Photos Membolehkan Anda Menjana Video Ringkas Bersempena Hari Ibu

Google Photos Membolehkan Anda Menjana Video Ringkas Bersempena Hari Ibu

Diterbitkan pada Mei 9, 2017 oleh .

Bagi kebanyakkan pengguna peranti Android, mungkin anda sedia menggunakan Google Photos dalam menguruskan gambar atau membuat salinan pendua untuknya. Google sedia memberikan beberapa ciri-ciri tambahan seperti kebolehan pengecaman wajah, carian dalam gambar, selain membuat video-video ringkas melalui koleksi gambar anda secara automatik.

Google Photos

Terkini, bersempena dengan Hari Ibu yang akan tiba dalam beberapa hari, Google Photos kini turut membolehkan anda mencipta sebuah video ringkas, memfokuskan kepada ibu. Pengguna akan perlu memilih wajah mak mereka, dan seterusnya menambah wajah anak-anak. Seterusnya, Google akan memproses dan menawarkan video ringkas untuk anda kongsikan bersama yang lain.

Seperti biasa, untuk hasil yang baik, anda perlu mempunyai koleksi gambar ibu anda yang banyak – sekaligus menghasilkan video akhir yang menarik. Anda juga boleh memilih untuk memuat-naik gambar ke Google Photos sebelum proses penjanaan ini bermula.

Bagi anda yang ingin mencubanya sendiri, boleh layari laman Google Photos hari ini, dan memulakan proses menjana video bersempena Hari Ibu ini.

Layari : Google Photos Mothersday


TIPS & ULASAN