Cari @ Amanz

Media Prima mempunyai beberapa aplikasi dibawah mereka, dan terkini, pada hari ini mereka telah melancarkan sebuah aplikasi baru untuk pengguna wanita, dengan nama yang mudah dikenali, iaitu “Wanita“.

Wanita

Melalui aplikasi “Wanita” ini, mereka menawarkan kandungan berbentuk kecergasan kepada pengguna, selain boleh mengikut jurulatih kegemaran mereka. Seperti biasa, setiap kandungan yang disediakan mengikut beberapa episod dalam bentuk video. Terdapat beberapa kandungan percuma ditawarkan, selain pengguna perlu membuat pembelian dalam-aplikasi untuk melanggan kandungan baru serta premium.

Disamping kandungan bersenam dan kecergasan, aplikasi Wanita ini juga turut menyediakan kandungan tambahan untuk gaya hidup yang sihat.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Wanita ini dan mencuba ia secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd