(Ura-Ura) Permainan Assassin’s Creed Seterusnya Mungkin Dikenali “Assassin’s Creed : Origins”

(Ura-Ura) Permainan Assassin’s Creed Seterusnya Mungkin Dikenali “Assassin’s Creed : Origins”

Diterbitkan pada Mei 9, 2017 oleh .

Assassin’s Creed merupakan salah satu permainan yang mempunyai peminatnya tersendiri, dengan jalan cerita yang unik. Pada 2016 yang lepas, mereka tidak mengeluarkan sebarang versi permainan baru kerana pengeluaran filem bersempena dengannya, dan untuk tahun 2017 ini, Ubisoft ini dalam persediaan untuk memperkenalkan versi seterusnya untuk permainan berkenaan.

Mengikut desas-desus baru yang hadir, permainan baru mereka akan dikenali dengan nama Assassin’s Creed Origins, dan mungkin menawarkan dua watak protagonis – seorang lelaki dan juga seorang wanita. Ia turut dikatakan permainan ini akan memberikan lebih kebebasan kepada pemain dalam latar permainannya, berbeza dengan beberapa siri sebelum ini.

Ia dijangka masih mengekalkan latar tempat sekitar Mesir, selain turut menawarkan perlawanan menggunakan bot dan sebagainya seperti pada Black Flag sebelum ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengesahan rasmi daripada Ubisoft berkenaan hal ini dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN