Cari @ Amanz

MotoGP merupakan salah satu acara perlumbaan yang tidak asing bagi kebanyakkan pengguna, dimana melaluinya sejumlah peserta berlumba menggunakan motosikal untuk memenangi kejuaraan tersebut. Terkini, dengan perkembangan kenderaan elektrik, perlumbaan tersebut turut dilihat akan beralih dan mengadakan siri perlumbaan khusus untuk motosikal elektrik.

Perlumbaan menggunakan motosikal elektrik sepenuhnya mungkin kita akan lihat seawal 2019 kelak. Ia dikatakan akan memperlihatkan sekitar 18 motosikal berlumba antara satu sama lain untuk memenangi kejuaraan tersebut.

Motosikal elektrik ini dijangka akan membawa kepada kelajuan mencapai 200km/j, dan perlu melalui 10 pusingan (lap) pada setiap perlumbaan.

Perlumbaan berasaskan kenderaan elektrik sendiri bukan sesuatu yang baru, dimana sebelum ini kita sedia melihat perlumbaan kereta dibawah jenama Formula-E. Menyentuh mengenainya, ia dikatakan perlumbaan motosikal ini akan lebih menekankan tenaga hijau, dan menggunakan panel solar untuk mengecas bateri untuk motosikal berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd