Pertandingan E-Sukan, Red Bull Coliseum Kembali Dengan Mempertandingkan Lebih Permainan

Pertandingan E-Sukan, Red Bull Coliseum Kembali Dengan Mempertandingkan Lebih Permainan

Diterbitkan pada Mei 9, 2017 oleh .

Red Bull Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan pertandingan e-sukan musim kedua mereka yang dinamakan sebagai Red Bull Coliseum. Berbeza dengan musim lepas, untuk musim kedua tahun ini, Red Bull Coliseum akan menawarkan lebih banyak permainan, iaitu tiga permainan e-sukan, merangkumi Dota 2, Counter-Strike:Global Offensive, FIFA 17, Overwatch dan juga FIFA Online 3.

Red Bull Coliseum

Selain lebih banyak permainan, kini Red Bull Coliseum jug membuka penyertaan daripada lima buah negara – Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina; yang akan merangkumi sejumlah 5500 pemain untuk semua permainan berkenaan bertanding untuk memenangi hadiah berjumlah RM100,000.

Untuk musim kedua ini, Red Bull Malaysia bekerjasama dengan MSI, Digi dan Logitech dalam menjayakannya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman rasmi Red Bull hari ini, sekaligus menyokong perkembangan arena e-sukan di Malaysia ini.


TIPS & ULASAN