Kelak Anda Boleh Membuat Panggilan Suara Melalui Aplikasi Telegram Di Komputer

Kelak Anda Boleh Membuat Panggilan Suara Melalui Aplikasi Telegram Di Komputer

Diterbitkan pada Mei 10, 2017 oleh .

Telegram Messenger, salah satu pesaing WhatsApp sedia memperkenalkan sokongan panggilan suara di aplikasi mereka untuk Android dan iOS sebelum ini. Kini, melalui versi beta yang sedang diuji, Telegram dijangka akan turut membawa sokongan panggilan suara di desktop untuk Windows dan macOS.

Buat masa ini, sokongan panggilan suara dilihat telah mula diuji pada aplikasi Windows, Mac dan Linux versi beta. Melaluinya, pengguna boleh membuat panggilan suara kepada pengguna lain dengan mudah terus melalui komputer mereka – sekaligus memberikan alternatif kepada Skype dan beberapa perisian lain.

Latar masa pengenalan sokongan panggilan suara untuk versi desktop ini secara rasminya tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan melihatnya dalam masa beberapa minggu atau bulan lagi.


TIPS & ULASAN