Lebih 500 Juta Peranti Seluruh Dunia Kini Menjalankan Windows 10

Lebih 500 Juta Peranti Seluruh Dunia Kini Menjalankan Windows 10

Diterbitkan pada Mei 10, 2017 oleh .

Melalui Windows 10, Microsoft mengambil langkah pemasaran yang sedikit berbeza, malah menawarkan ia secara percuma kepada sejumlah pengguna Windows sedia ada ketika pengenalan. Selain daripada itu, Microsoft menjanjikan dua kemaskini besar setiap tahun untuk sistem operasi berkenaan.

Satya Nadella

Hari ini, berkongsi angka penggunaan semasa pada BUILD 2017, Microsoft mengatakan kini sistem operasi Windows 10 dijalankan pada lebih daripada 500 juta peranti seluruh dunia. Secara kasar, Microsoft menambah sekitar 100 juta peranti baru dibawah ekosistem mereka sejak bulan September 2016 lepas.

Microsoft dijangka akan berkongsi lanjut mengenai perkara baru pada Windows 10 melalui acara BUILD 2017 esok.


TIPS & ULASAN