Intel Dan HP Turut Sedang Membangunkan Peranti Yang Dikuasakan Cortana

Intel Dan HP Turut Sedang Membangunkan Peranti Yang Dikuasakan Cortana

Diterbitkan pada Mei 11, 2017 oleh .

Pada awal minggu ini, kita sedia melihat sebuah speaker yang dilengkapi dengan sokongan Cortana daripada Harman Kardon, dinamakan sebagai Invoke. Melaluinya, pengguna boleh bertanyakan beberapa persoalan, menyemak temujanji, memainkan muzik dan sebagainya – lebih kurang seperti Amazon Echo.

Selain daripada Harman Kardon, hari ini pihak Microsoft turut mengumumkan yang mana lebih banyak pengeluar akan hadir dengan peranti yang dikuasakan oleh Cortana. Microsoft mengatakan Intel dan HP akan hadir dengan peranti dikuasakan Cortana tidak lama lagi.

Invoke

Dengan pengumuman ini, Microsoft mungkin boleh mengukuhkan kedudukan dalam arena peranti berhubung yang semakin menjadi fokus ramai pengeluar. Walaubagaimanapun, buat masa ini, perkhidmatan Cortana masih tidak diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia secara rasminya – membuatkan mungkin peranti-peranti ini akan mengambil masa yang sedikit lama sebelum hadir ke pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN