Facebook Akan Membanteras Laman Tak Berkualiti Daripada Dipaparkan Pada News Feed

Facebook Akan Membanteras Laman Tak Berkualiti Daripada Dipaparkan Pada News Feed

Diterbitkan pada Mei 11, 2017 oleh .

Facebook kini telah menjadi salah satu laman utama yang dikunjungi ramai dalam mendapatkan pelbagai sumber berita semasa. Dalam usaha sajikan berita berkualiti, pihak Facebook telah membuat beberapa perubahan algoritma sebelum ini, dan kini mereka turut mengumumkan akan mula mengurangkan paparan perkongsian dari pautan yang tidak berkualiti pada News Feed.

Facebook mengatakan mereka akan menggunakan kecerdasan buatan dalam menganalisa sesuatu pautan, dan melabelkannya sebagai berkualiti rendah sekiranya mempunyai angka paparan iklan yang sangat tinggi.

Perubahan ini secara tidak langsung akan mengurangkan laman-laman berbentuk spam, dan mereka yang sering menyebarkan berita tidak sahih disebabkan faktor-faktor kewangan. Kebiasaannya, laman yang menyebarkan berita tidak tepat ini akan mempunyai kuantiti iklan yang agak tinggi dalam usaha mereka menjana pendapatan melalui kunjungan ramai.

Facebook mengatakan perubahan ini akan diperkenalkan secara berperingkat pada bulan-bulan akan datang – dimana laman yang dilabelkan spam oleh sistem mereka mungkin tidak akan diperlihatkan pada News Feed, atau diposisikan pada bahagian sangat bawah.

Perubahan ini semestinya disukai pengguna Facebook, memandangkan mereka akan kurang melihat laman berbentuk spam, selain memastikan pengalaman penggunaan Facebook mereka terus baik.


TIPS & ULASAN