Microsoft Melancarkan Visual Studio Untuk Pengguna Mac

Microsoft Melancarkan Visual Studio Untuk Pengguna Mac

Diterbitkan pada Mei 11, 2017 oleh .

Selepas menawarkan Visual Studio untuk Mac dalam bentuk Preview pada penghujung 2016 lepas, hari ini pada acara BUILD, gergasi perkomputeran berkenaan secara rasminya melancarkan Visual Studio untuk pengguna Mac OS.

Visual Studio

Visual Studio merupakan salah satu perisian pembangunan yang diminati ramai pembangun. Ia memudahkan bukan sahaja pembangunan perisian Windows, tetapi juga digunakan dalam pembangunan aplikasi mudah-alih iOS dan Android. Disamping itu, pengenalan Visual Studio untuk Mac juga berkemungkinan menarik angka pembangun menerbitkan aplikasi dan perisian mereka untuk platform UWP.

Bagi anda yang menggunakan komputer berasaskan macOS, dan berminat dalam pembangunan, mungkin boleh menyemak Visual Studio hari ini, dan menggunakannya dalam pembangunan perisian dan aplikasi anda.

Muat-Turun Visual Studio untuk Mac


TIPS & ULASAN