Cari @ Amanz

Stack Overflow merupakan salah satu laman yang disertai ramai pengaturcara dalam bertanyakan pelbagai persoalan – selain berkomunikasi dengan rakan-rakan pengaturcara seluruh dunia yang lain.

Menurut Stack Overflow sekitar 8000 soalan ditanya melalui platform mereka setiap hari yang melibatkan pengaturcaraan. Kini, dalam usaha memudahkan info mengenai trend semasa bahasa pengaturcaraan yang popular diketahui, Stack Overflow secara rasminya memperkenalkan sebuah ciri baru dinamakan Trends.

Melaluinya, ia melihat kepada data berdasarkan kepada pertanyaan mengenai sesuatu bahasa pengaturcaraan, sekaligus menunjukkan permintaan untuk bahasa pengaturcaraan berkenaan sedang meningkat.

Bagi anda yang terlibat dalam arena pengaturcaraan, anda mungkin boleh menggunakan Stack Overflow Trends dalam menyemak apakah bahasa yang semakin popular, rangka kerja javascript yang semakin popular, dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd