Kini Anda Boleh Membeli Barangan Di Lazada Dan Membayarnya Di 7-Eleven Seluruh Malaysia

Kini Anda Boleh Membeli Barangan Di Lazada Dan Membayarnya Di 7-Eleven Seluruh Malaysia

Diterbitkan pada Mei 11, 2017 oleh .

Membeli barangan secara tunai di Lazada boleh dikatakan terhad kepada mod pembayaran Cash On Delivery, yang mana sedikit sukar bagi anda yang sering tidak berada di rumah. Bagi memudahkan lebih ramai pengguna membuat pembayaran secara tunai, Lazada telah berkerjasama bersama 7-Eleven dan MOLPay dalam menawarkan pembayaran melalui kaunter 7-Eleven.

Untuk menjayakannya, pengguna hanya perlu memilih mod pembayaran “Cash at 7-Eleven” semasa checkout, dan kemudian, anda hanya perlu menunjukkan slip pengesahan pembelian (melalui telefon atau kertas yang dicetak) ke kaunter 7-Eleven behampiran dengan anda. Selepas pembayaran dibuat, anda akan menerima SMS sebagai pengesahan pembelian anda telah berjaya.

Menariknya, anda diberi masa selama 48 jam untuk membuat membuat pembayaran tunai melalui 7-Eleven ini. Ia suatu tempoh yang agak lama, tanpa kerisauan untuk mengejar tempoh pembayaran. Selepas tempoh ini, anda perlu membuat checkout semula untuk mendapatkan slip pembelian yang baru.

Melalui kerjasama ini, ia turut memudahkan pengguna yang tidak berpeluang untuk menggunakan perbankan online atau kad kredit/debit untuk membeli barangan di Lazada. Ia juga membantu bagi pengguna yang mempunyai kekangan wang di dalam kad kredit/debit mereka tanpa perlu memindahnya di bank terlebih dahulu.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menuju ke halaman Lazada, dan membuat pembayaran melalui medium pembayaran tunai ini.


TIPS & ULASAN