iPhone 7 Dan Oppo R9s Dikatakan Peranti Popular Pada Suku Pertama 2017

iPhone 7 Dan Oppo R9s Dikatakan Peranti Popular Pada Suku Pertama 2017

Diterbitkan pada Mei 11, 2017 oleh .

Strategy Analytics sering hadir dengan pelbagai analisa mereka tersendiri berdasarkan kepada data-data yang didapati oleh mereka. Terkini, menurut kajian mereka, ia didapati iPhone 7 dan iPhone 7 Plus menjadi telefon pintar paling popular pada suku pertama 2017, dan pada tangga ketiga adalah Oppo R9s.

Menurut Strategy Analytics, sebanyak 353 juta unit telefon telah dikeluarkan pada suku pertama 2017 lepas, dan berikut adalah lima peranti popular sepanjang tempoh berkenaan:

  1. iPhone 7
  2. iPhone 7 Plus
  3. Oppo R9s
  4. Samsung Galaxy J3
  5. Samsung Galaxy J5

Pada tempoh berkenaan, ia dikatakn sebanyak 21.5 juta unit iPhone 7 telah dikeluarkan, dan diikuti oleh iPhone 7 Plus dengan sejumlah 17.4 juta unit. Oppo R9s pula telah dikeluarkan sebanyak 8.9 juta unit.

Dari segi populariti, Oppo dikatakan semakin meningkat popular di rantau China dan juga India. Sementara siri Galaxy J3 dan Galaxy J5 pula popular di Eropah dan juga Asia.


TIPS & ULASAN