Permainan The Sims Bakal Hadir Ke Android Dan iOS

Permainan The Sims Bakal Hadir Ke Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mei 11, 2017 oleh .

The Sims merupakan salah satu permainan berbentuk simulasi yang dimainkan ramai pengguna seluruh dunia pada komputer. Kini, dengan populariti permainan pada peranti mudah-alih, pihak EA tidak ingin ketinggalan dan kini telah mengumumkan yang mana The Sims bakal ke peranti Android dan iOS.

Permua The Sims ini dijangka akan menawarkan bentuk permainan yang lebih kurang sama pada versi PC, dimana pengguna boleh reka watak mereka, membangunkannya, membina rumah, berinteraksi dan sebagainya. Cumanya, ia akan lebih dioptimasikan untuk skrin peranti mudah-alih.

Buat masa ini, EA tidak memberikan sebarang petanda berkenaan tarikh pelancarannya. Laman rasmi untuk permua ini hanya memperlihatkan tanda akan datang sahaja buat masa ini.


TIPS & ULASAN