Locoroco Remastered Sedia Dimainkan Pada PS4

Locoroco Remastered Sedia Dimainkan Pada PS4

Diterbitkan pada Mei 11, 2017 oleh .

Sekiranya anda peminat tegar PlayStation Portable (PSP), salah satu tajuk permainan yang ikonik dan dikenali ramai ialah Locoroco. Pada hari ini pihak Sony telah mengumumkan versi Remastered yang dibangunkan untuk PlayStation 4 sedia dimuatturun di PS Store.

Bagi memainkan permainan ini, pemain akan mengawal landskap muka bumi bagi menggerakkan watak permainan. Di PSP, butang L1 dan R1 digunakan untuk menyendengkan dan juga menggegarkan permukaan landskap.

Locoroco dijual di PS Store pada harga RM 59 manakala bagi versi cakera Blu-ray, permainan ini bakal tersedia bermula 22 Jun 2017 pada harga RM 89. Selain dari Locoroco, pihak Sony bakal menyediakan beberapa permainan klasik versi Remastered untuk PlayStation 4 termasuklah Patapon, Wipeout dan juga Crash Bandicoot.


TIPS & ULASAN