PES 2017 Dijangka Hadir Ke Android Dan iOS Pada Akhir Bulan Ini

PES 2017 Dijangka Hadir Ke Android Dan iOS Pada Akhir Bulan Ini

Diterbitkan pada Mei 11, 2017 oleh .

Konami sebelum ini pernah hadir dengan Pro Evolution Soccer (PES) pada peranti mudah alih menerusi PES 2012, namun dihentikan pembangunan untuk permainan PES yang seterusnya. Kini permainan ini kembali untuk peranti pintar melalui PES 2017 yang mana bakal dilancarkan akhir bulan Mei ini.

Permainan ini dilihat bakal membawa permainan bercorak freemium, dengan penawaran kandungan berbayar untuk menaiktaraf kelab, pemain dan sebagainya. Ia juga turut menawarkan mod permainan multiplayer, dengan kebolehan bersaing bersama rakan-rakan anda melalui perlawanan “Local Match” dan “Online Match”.

Seperti permainan PES 2017 di platform lain, permainan versi mudah-alih juga membawa penjenamaan kelab, pasukan kebangsaan, stadium dan nama pemain sebenar untuk pengalaman permainan yang lebih realistik.

Dengan kemasukan PES 2017 ini, ia menambah lagi pilihan permainan bola sepak di platform mudah-alih yang mana kini didominasi oleh permainan Dream League Soccer 2017 dan FIFA Mobile.

Bagi anda yang ingin mencuba dengan lebih awal, anda boleh menguji permainan PES 2017 untuk Android yang mana telah ditawarkan di dalam versi pembangunan.

Muat-Turun PES 2017 untuk Android


TIPS & ULASAN